SEKSYEN LATIHAN

            Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian Tanjong Karang adalah di bawah pentadbiran Jabatan Pertanian Negeri Selangor. Pusat ini telah dibuka pada bulan November 1975.
 

Agricultural Engineering Training Centre Tanjong Karang is under the administration of Selangor State Agricultural Department. The Centre was opened in November 1975.
Pusat ini telah diberi nama Pusat Latihan Ladang Berjentera pada awal penubuhannya. Pada tahun 1977, nama pusat latihan ini telah ditukar kepada Pusat Latihan Berjentera (PLB). Pada tahun 1985 pula nama Kejuruteraan Ladang (PLKL) di bawah pengurusan pegawai Jabatan Pertanian Negeri Selangor dan ditukar nama kepada Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian (PLKP) sehingga kini.
This centre has been named Farm Crafts Training Centre at its inception. In 1977, the name of a training centre was changed to the Crafts Training Centre (PLB). In 1985 the name of the Field Engineering Training Centre (PLKL) under the management of Selangor State Agriculture Department officials and changed its name to the Agricultural Engineering Training Centre (PLKP) until now.
Pusat ini mempunyai keluasan keseluruhan 30 ekar. 12 ekar telah diperuntukan untuk pejabat, asrama, bengkel, dewan makan, stor dan padang serta gelanggang permainan. Keluasan selebihnya digunakan untuk menjalani latihan seperti membajak, membuat batas, menanam dan lain-lain aktiviti pertanian.
This center has a total area of ​​30 acres. 12 acres has been allocated for offices, dormitories, workshops, dining hall, stores, soccer field and games court. Generality of the rest used for training, such as plouhging, making boundaries, planting and other agricultural activities.

Matlamat utama adalah untuk memberi latihan kemahiran secara formal dan intensif kepada belia-belia negeri Selangor didalam bidang kejuruteraan pertanian. Ini termasuk latihan pengendalian jentera-jentera pertanian seperti traktor dan "backhoe loader". Peserta yang telah berumur 21 tahun dan keatas akan mendapat lesen memandu kelas "H" yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor.

The main goal is to provide formal training and intensive on the state of youths in the field of agricultural engineering. These include training of agricultural machinery operation, such as tractors and "backhoe loader." Participants who were aged 21 years and older will get a driving license class "H" issued by the Selangor State Road Transport Department.


Pihak pusat ini juga bersedia menerima peserta yang terdiri daripada kakitangan kerajaan / badan berkanun yang berminat untuk mengikuti kursus dibidang kejuruteraan pertanian. Pada akhir kursus peserta akan diberi sijil mengikut gred kecekapan dan kemahiran berpandukan peperiksaan yang dijalankan.
The centre is also willing to accept participants comprising government / statutory bodies who are interested in pursuing the field of agricultural engineering. At the end of the course participants will be given certificates according to grades based on their competencies and skills examinations.
Kursus Kejenteraan Pertanian akan dijalankan 2 kali pengambilan dalam setahun. Setiap pengambilan akan mengambil masa selama 20 minggu. Bilangan peserta adalah seramai 30 orang bagi setiap pengambilan. Peserta akan diberi latihan menggunakan kaedah teori 30 % dan amali 70% didalam bidang kejuruteraan pertanian.

Agricultural Mechanization course will be conducted two times a year intake. Each collection will take approximately 20 weeks. The number of participants was about 30 people for each intake. Participants will be trained using the theoretical 30 % and practical training 70 % in agricultural engineering.

         Selain itu, PLKP juga mengendalikan kursus-kursus jangka pendek seperti pengendalian dan pengurusan jentera pertanian serta sistem pengairan.Asrama tempat tinggal disediakan, makanan dan minum diberi secara percuma.

            In addition, PLKP also conduct short term courses such as the operation and management of agricultural machinery and irrigation systems. Hostel accommodation is provided, food and drink provided free of charge.