Tuesday 10 August 2010

PENGENALAN

        Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian Tanjong Karang adalah di bawah pentadbiran Jabatan Pertanian Negeri Selangor. Pusat ini telah dibuka pada bulan November 1975.

        Pusat ini telah diberi nama Pusat Latihan Ladang Berjentera pada awal penubuhannya. Pada tahun 1977, nama pusat latihan ini telah ditukar kepada Pusat Latihan Berjentera (PLB). Pada tahun 1985 pula nama Kejuruteraan Ladang (PLKL)  di bawah pengurusan pegawai Jabatan Pertanian Negeri Selangor dan ditukar nama kepada Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian (PLKP) sehinnga kini.

         Pusat ini mempunyai keluasan keseluruhan 30 ekar. 12 ekar telah diperuntukan untuk pejabat, asrama, bengkel, dewan makan, stor dan padang serta gelanggang permainan. Keluasan selebihnya digunakan untuk menjalani latihan seperti membajak, membuat batas dan menanam.

         Matlamat utama adalah untuk memberi latihan kemahiran secara formal dan intensif kepada belia-belia negeri Selangor didalam bidang kejuruteraan pertanian. Ini termasuk latihan pengendalian jentera-jentera pertanian seperti traktor dan "backhoe loader". Peserta yang telah berumur 21 tahun dan keatas akan mendapat lesen memandu kelas "H" yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor.

         Pihak pusat ini juga bersedia menerima peserta yang terdiri daripada kakitangan kerajaan / badan berkanun yang berminat untuk mengikuti kursus dibidang kejuruteraan pertanian.

         Pada akhir kursus peserta akan diberi sijil mengikut gred kecekapan dan kemahiran berpandukan peperiksaan yang dijalankan.

MISI JABATAN PERTANIAN
  1. Meningkatkan produktiviti dan pendapatan golongan sasar.
  2. Membangunkan komoditi dan aktiviti hiliran yang berdaya maju.
  3. Menggalakkan penggunaan teknologi moden.
  4. Menguatkuasakan akta-akta pertanian.
VISI JABATAN PERTANIAN

          Kearah industri pertanian yang berdaya saing, produk berkualiti, selamat dan pengeluaran mesra alam serta berorientasikan eksport.

"CORE BUSSINESS"

  1. Memberi khidmat pengembangan pertanian dalam pengeluaran bahan yang mencukupi, berkualiti dan selamat dimakan.
  2. Menguatkuasakan akta-akta yang menjaga keselamatan, kualiti dan melindungi industri pertanian negara dari ancaman perosak dan penyakit luar serta memudahkan perdagangan antarabangsa.

  OBJEKTIF PUSAT LATIHAN KEJURUTERAAN PERTANIAN

  1. Memberi latihan kemahiran didalam bidang kejenteraan pertanian yang merangkumi aspek pengendalian, penyelenggaraan dan keselamatan pengendali serta  jentera-jentera pertanian.
  2. Menyediakan tenaga kerja yang mahir dan berpengalaman didalam pengendalian dan pembaikan jentera pertanian bagi memenuhi keperluan tenaga kerja di sektor pertanian masa kini.
  3. Dapat melahirkan pengendali-pengendali jentera yang mahir dan berkebolehan serta mempunyai lesen memandu kelas "H" yang disahkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan.
JANGKAMASA KURSUS

        Kursus Kejenteraan Pertanian akan dijalankan 2 kali pengambilan dalam setahun. Setiap pengambilan akan mengambil masa selama 20 minggu. Bilangan peserta adalah seramai 40 orang bagi setiap pengambilan. Peserta akan diberi latihan menggunakan kaedah teori dan amali didalam bidang kejuruteraan pertanian.

        Selain itu, PLKP juga mengendalikan kursus-kursus jangka pendek seperti pengendalian dan pengurusan jentera pertanian serta sistem pengairan.

KEMUDAHAN

         Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian telah dilengkapi dengan kemudahan seperti bilik syarahan, bengkel latihan, asrama, dewan makan, padang permainan dan pejabat untuk urusan pentadbiran.

         Bagi latihan amali di ladang, telah dilengkapkan dengan jentera-jentera pertanian seperti traktor, backhoe loader dan implement yang sesuai dengan penggunaan terkini.

         Asrama tempat tinggal, makanan dan minum diberi percuma. Elaun kursus akan diberi kepada peserta yang berjaya mengikuti kursus sehingga tamat.

KANDUNGAN KURSUS
  1.  Keselamatan operasi kejenteraan ladang.
  2. Operasi dan penyelenggaraan traktor.
  3. Operasi alat-alat pertanian.
  4. Enjin diesel dan petrol / 2 lejang dan 4 lejang.
  5. Keseluruhan sistem yang terdapat didalam enjin.
  6. Rombak rawat / general overhaul keatas enjin 1 silinder dan 4 silinder.
  7. Rombak rawat sistem clutch, gear, brake, hydrolic, differential & steering.
  8. Alat tentu ukuran (instrumentation) dan asas kimpalan.
  9. Operasi dan penyelenggaraan jentera kecil pertanian.
  10. Penggurusan jentera pertanian.
  11. Kejenteraan ladang.
  12. Sistem pengairan.
  13. Ujian memandu kelas "H".
 PERMOHONAN DAN PENGAMBILAN

Permohonan dibuat berdasarkan syarat-syarat dan kelayakan seperti berikut :-
  1. Berumur 21 tahun hingga 45 tahun.
  2. Sekurang-kurangnya tamat tingkatan 5.
  3. Boleh membaca dan menulis dengan baik.
  4. Sihat tubuh badan.
  5. Bebas dari najis dadah. 
          Permohonan adalah menggunakan kaedah "walk in interview" iaitu pemohon boleh datang terus ke pejabat pertanian di daerah masing-masing berdasarkan jadual temuduga selepas iklan pengambilan kursus diedarkan kepada pejabat pertanian daerah di seluruh Selangor.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :-

Pengetua,
Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian,
Jalan Sungai Kajang,
45500 Tanjong Karang,
Selangor Darul Ehsan.

Telefon       : 03-3269 5501
Faks          : 03-3269 0041
E-mail        : plkptk@yahoo.com
Blog           : www.plkptk.blogspot.com
Facebook : www.facebook.com/plkptk
Youtube     : www.youtube.com/user/plkptk

SEKSYEN PERKHIDMATAN KEJURUTERAAN PERTANIAN

Fungsi Utama

Pengembangan Teknologi Mekanisasi Pertanian

Aktiviti :
  1. Kerja pembaikan dan rombak rawat kenderaan dan jentera pertanian.
  2. Penyelenggaraan kenderaan dan jentera pertanian.
  3. Fabrikasi jentera dan alat pertanian.
  4. Kepakaran dalam perataan sawah.
  5. Promosi dan demostrasi alat dan jentera pertanian terkini.
  6. Pemantauan program khas : Program pengurusan jerami padi.
  7. Khidmat kepakaran pengurusan logistik.
  8. Latihan kepada pegawai dan petani.
SEKSYEN PEMBANGUNAN KEJURUTERAAN PERTANIAN

Fungsi Utama

Pengembangan Kejuruteraan Pertanian Dan Industri Asas Tani

Aktiviti : 
  1. Demostrasi dan promosi teknologi kejuruteraan terkini.
  2. Khidmat kepakaran infrastruktur dan struktur ladang.
  3. Khidmat kepakaran sistem pengairan tanaman.
  4. Khidmat kepakaran telaga tiub.
  5. Khidmat kepakaran mekanisasi Industri Asas Tani.
  6. Latihan kepada pegawai dan petani.


0 ulasan / comments: