Saturday 21 August 2010

Perutusan Kuasausaha


Asslamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Bismillahirrahmannirrahim.

Segala puji bagi Allah selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keatas keluarga baginda.

                     Selamat datang diucapkan ke laman blog rasmi Pusat Latihan Kejenteraan Pertanian Tanjong Karang, Selangor. Tujuan utama laman blog ini  diwujudkan adalah supaya ia boleh dijadikan sebagai salah satu media alternatif  kepada orang awam bagi mendapatkan maklumat berkaitan Jabatan Pertanian Negeri Selangor  khususnya mengenai Unit Kejuruteraan Pertanian yang meliputi aktiviti Pusat Kejuruteraan Pertanian dan Pusat Latihan Kejenteraan Pertanian secara terus kepada golongan sasar selari dengan peredaran zaman.

                     Semoga dengan adanya blog ini, masyarakat 1 Malaysia akan mendapat gambaran yang lebih jelas tentang segala aktiviti yang dilaksanakan dan perkhidmatan yang ditawarkan  dari masa ke semasa oleh unit ini demi kebaikan semua supaya mendapat manfaat secara bersama.

                    Dikesempatan ini juga, saya dan bagi pihak warga kerja pusat Latihan  Kejenteraan Pertanian Tanjong Karang, Selangor ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa.

Sekian, wasalam.

Kuasausaha
PLKP Tanjong Karang

0 ulasan / comments: