Monday 18 April 2011

Inovasi Pusat Kejuruteraan Pertanian Tanjong Karang Bagi Tahun 2011

ALAT PELANDAK

Terbahagi kepada 2 jenis :        a)   Alat Pelandak manual         b)   Mesin Pelandak.

Definisi.

Alat pelandak adalah digunakan untuk menggaru permukaan tanah sawah yang basah dan lembut.Ianya juga digunakan untuk tujuan merumput kawasan permukaan tanah sawah.

Faedah penggunaanya.

Alat ini digunakan di kawasan penanaman padi organik bagi menggantikan aktviti meracun menggunakan bahan kimia.Penggunaan alat ini adalah bertujuan untuk mengurangkan risiko kesan penggunaan bahan kimia terhadap ekosistem alam dan manusia.

Proses Kerja.

  • 2 jenis alat pelandak ini digunakan dengan cara menolak dan menarik di kawasan antara pokok-pokok padi.Rumput-rumput kecil biasanya akan tercabut dan masuk ke dalam tanah menyebabkan saingan daripada rumput akan terhalang.
  • Alat ini juga digunakan bagi menggembur tanah sawah agar proses  pengudaraan tanah lebih mudah berlaku.Oksigen yang terbentuk akan dibekalkan kepada mikroorganisma yang hidup dalam tanah dan membantu tanah sawah menjadi lebih subur.
  • Selain itu,kawasan persekitaran akar padi juga akan menjadi aktif dan menjadi lebih subur.Sistem pengakaran padi ini akan  membantu penyerapan nutrient dengan lebih efisen dan seterusnya menjadikan pokok lebih sihat dan tegap.

Kesimpulan

Pusat Latihan Kejenteraan Pertanian Tg Karang telah menyiapkan sebanyak 5 buah alat pelandak manual dan sedang membina sebuah lagi jentera pelandak yang diubahsuai daripada mesin garden tiller berkuasa 5.5 hp.Jentera pelandak ini boleh menggembur sebanyak 4 baris sekali gus dengan ukuran 12 inci sebaris.Pembinaan jentera pelandak ini adalah bertujuan untuk mengurangkan bebanan kerja dan menjimatkan masa berbanding menggunakan alat pelandak manual.Pembinaan jentera pelandak ini dijangka akan siap pada bulan Mei 2011.



 Mesin pelandak


Pelandak manual

0 ulasan / comments: