Saturday 24 December 2011

Seminar Mekanisasi Padi SRI Di Selangor Pada 22 Disember 2011

 Pendaftaran peserta seminar.

 Antara jentera yang dipamerkan.

 Demo mesin melandak berjentera.

 Seminar dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Selangor - Tuan  Haji Ahmad Zakaria Mohd. Sidek
Antara peserta seminar yang hadir.

       Seminar Mekanisasi Padi SRI ( System of Rice Intensification ) Di Selangor dianjurkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Selangor dengan kerjasama Menteri Besar Incorperated (MBI) pada 22 Disember 2011 bermula dari pukul 8.30 pagi sehingga pukul 4.30 petang.

     Seminar antara lain adalah untuk meluaskan rangkaian (networking) antara petani / pengamal kaedah penanaman padi SRI dengan pengeluar atau syarikat fabrikasi bagi mencari teknologi yang boleh dihasilkan dan seterusnya diaplikasikan semasa proses penanaman.

     Aturcara dan kandungan seminar meliputi pameran jentera dan demontrasi mesin melandak berjentera. Kemuncak seminar adalah pembentangan kertas kerja pertama oleh Puan Noorazimah Taharim dari Menteri Besar Incorperated (MBI) dengan tajuk "Konsep System of Rice Intensififation (SRI) ; Adaptasinya Di Negeri Selangor". Kertas kerja kedua dibentangkan oleh Encik Abuzar Mohd. Ariff dari Bahagian Kejuruteraan Pertanian Tanjong Karang dengan tajuk "Inovasi Mekanisasi Kearah Perlaksaan SRI". Kertas kerja terakhir dibentangkan oleh Encik Mohd. Nazri Abu Seman dari Bahagian Kejuruteraan Pertanian Jabatan Pertanian Malaysia dengan tajuk "Kesan Perataan Sawah Terhadap Pertumbuhan Padi". Seminar telah diakhiri dengan forum bertajuk "Membangunkan Rangkaian Mekanisasi SRI " oleh Tuan Haji Salahuddin Haji Yahya sebagai perantara manakala ahli panel adalah Encik Othman Mogek (mekanisasi), Encik Fairuz Mohd. Toif dan Encik Abdul Razak Chik.

          Dianggarkan seramai 150 pengunjung telah hadir. Mereka terdiri dari petani, syarikat swasta (pembekal jentera pertanian), pelbagai unit dari agensi pertanian kerajaan dan badan berkanun yang terlibat dengan pertanian termasuk  dari Bernas, FELCRA serta UPM dan UKM.
      

0 ulasan / comments: