Ceramah Motivasi & Pengisian Rohani Oleh YaPEIM Pada 30 Januari 2012.
Ceramah telah disampaikan oleh En. Mohd. Hadi B. Abdul Malik. Tajuk ceramah yang telah dibentangkan selama 2 jam oleh beliau membawa tajuk yang pertama adalah Bina Hati Cemerlang dan diikuti dengan ceramah kedua dengan tajuk Kerja sebagai Satu Ibadah.
Antara lain pengisian ceramah menyentuh tentang penerapan keikhlasan hati dengan apa yang kita jalankan seharian yang juga perlu diterapkan semasa bekerja. Ceramah telah dihadiri seramai 57 orang dari kalangan kakitangan PLKP Tg. Karang, pelajar praktikal dan peserta kursus.
0 ulasan / comments:
Post a Comment