Friday, 2 March 2012

Lawatan Belajar Sekolah Menengah Teknik Dato' Lela Maharaja Pada 28 Febuari 2012

 SEKOLAH MENENGAH TEKNIK DATO' LELA MAHARAJA

 Penerangan oleh En. Mohd. Ezwan kepada pelawat.

Penerangan oleh En. Abuzar tentang  "Mini combined harvesters"

 Pelawat sedang memerhatikan peserta kursus melaksanakan kerja rombakrawat keatas sistem hidraulik traktor.

 Cenderamata penghargaan kepada PLKP Tanjong Karang daripada pihak sekolah.


           Pada 28 Febuari 2012, sebuah sekolah dari Negeri Sembilan iaitu Sekolah Menengah Teknik Dato' Lela Maharaja telah datang membuat lawatan belajar selama sehari ke PLKP Tanjong Karang. Mereka telah sampai pada jam 10.30 pagi dan disambut oleh En. Mohd. Ezwan selaku pegawai pertanian.
           
           Kedatangan mereka antara lain adalah untuk meninjau perkembangan teknologi terkini yang digunakan didalam bidang pertanian. Antara pengisian lawatan, mereka telah dibawa melihat jentuai konvesional yang biasa digunakan dan jentuai mini terkini yang berada dipasaran, melihat sendiri aktiviti dibengkel latihan, operasi jentera "boom sprayer" dan jentera pertanian yang lain. Selain itu, lawatan juga dibuat ke petak padi SRI sebagai pendedahan kepada mereka tentang penanaman padi secara organik yang semakin mendapat perhatian.

           Rombongan telah diketuai oleh En. Rosli B. Sha'ban selaku guru pengiring bersama dua orang guru pengiring yang lain dan disertai oleh seramai 30 orang murid sekolah.


Gambar oleh En. Nazry Abu Bakar.

0 ulasan / comments: