Monday 6 June 2016

Kursus "Hand's On" Penggunaan Alat Elektrik Resistivity Untuk Pengesanan Lokasi Air Bawah Tanah.

 Penerangan kaedah operasi telah dibuat pada sebelah pagi di bilik kuliah A oleh En. Hassan.
Perolehan alat OKM metal detector model GeoSeekeer yang akan digunakan.

 Penerangan di lapangan.

Latihan amali dibuat di kawasan lapang hadapan pejabat bagi menguji keberkesananya.                

                     Kursus "Hand's On" penggunaan alat elektrik resistivity untuk pengesanan lokasi air bawah tanah yang telah diadakan pada 30 Mei 2016 melibatkan pegawai dan kakitangan Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian Tanjong Karang dan juga Pegawai Pertanian Daerah Sabak Bernam.

                     Alat pengesan lokasi air ini adalah yang terbaru dari OKM metaldetectors, teknologi dari negara Jerman yang berharga RM 107.000.00 seunit. Model GeoSeeker ini berkeupayaan untuk mengesan lokasi air bawah tanah sedalam 250 meter sebelum kerja-kerja pengalian boleh dibuat. Ia digunakan bagi mengurangkan kos operasi di sesebuah lokasi pengalian supaya kawasan yang ingin digali benar-benar mempunyai sumber air bawah tanah. 

Contoh gambaran yang akan diperolehi selepas imbasan dibuat.
                      
Alat ini mampu mengeluarkan imej 3D yang mampu menceritakan dengan teliti halangan batuan pejal, jumlah kandungan air bawah tanah, malah mampu membezakan sama ada sumber air adalah air masin atau air tawar. Semua perincian kawasan yang di imbas dapat dikenal pasti dan diterjemahkan dalam bentuk spektrum warna.

0 ulasan / comments: