Monday 30 December 2019

PENGAMBLAN PELATIH PLKP TG KARANG SIRI 89 SESI 1/2020

Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera. Untuk makluman tuan/puan, Pusat Latihan Kejenteraan Pertanian Tanjong Karang (PLKPTK), akan membuat pengambilan peserta bagi Program Belia Tani (Jentera Pertanian) bagi siri 89 sesi 1/2020. Oleh yang demikian adalah diharapkan agar pihak tuan/puan dapat membuat hebahan bagi membantu pihak PLKPTK untuk mendapatkan peserta dan memberi maklumat kepada pihak kami melalui borang yang dilampirkan. Borang tersebut perlu diisi dan dihantar semula ke PLKPTK sebelum atau pada 7/1/2020 bersama dengan salinan kad pengenalan dan slip peperikasaan SPM. Temuduga akan berlangsung pada 13&14 Januari 2020 di Pusat Latihan Kejenteraan Pertanian Tanjong Karang. Pihak kami juga akan menghubungi peserta yang layak untuk ditemuduga. Segala kerjasama dan perhatian tuan/puan amatlah kami harapakan dan didahului dengan ucapan terima kasih.Unit Latihan Kejenteraan Pertanian.
*Sila kembalikan borang yang telah diisi kepada pihak PLKP TG KARANG

0 ulasan / comments: