Monday 19 April 2021

Program Belia Tani Siri 90 Tahun 2021

 Assalamulaikum wbt. & Salam Sejahtera.


Berita baik untuk semua pengunjung laman Blog Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian Tanjung Karang (PLKPTK). Program Belia Tani Siri 90 Tahun 2021 bakal kembali. Program Belia Tani Siri 89 Sesi 1/2020 telah melabuhkan tirai dalam keadaan Negara Malaysia menghadapi wabak pandemik Corona Virus. 

Program yang bakal berlangsung selama enam (6) bulan ini akan merangkumi bidang Khusus iaitu Kejenteraan Dalam Pertanian. Terdapat beberapa penambahbaikan yang akan di terapkan dalam Program Belia Tani siri ini. Ini kerana pelajar akan melalui tempoh enam (6) bulan dengan pelbagai pendedahan berkenaan aktiviti kejenteraan pertanian dan juga keusahawanan dalam bidang pertanian. Oleh yang demikian pelajar akan sepenuhnya berada di PLKPTK sepanjang Program Belia Tani ini berlangsung. 

Justeru sekiranya anda berminat untuk menyertai Program Belia Tani Siri 90 Tahun 2021 ini, Borang Permohonan boleh di dapatkan link yang di sediakan di bawah. 

Borang Permohonan boleh di dapati di pautan :-

https://drive.google.com/file/d/1tSRjQDAgCM3gZKrvzQZDu8z1v8Y2tdfi/view?usp=sharing

Berikut adalah Syarat-Syarat Permohonan Program Belia Tani

  1. Warganegara Malaysia,    
  2. Berumur 18-35 tahun,
  3. Sekurang-kurangnya Lulus matapelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Islam/Sivik dan Matematik dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Siji Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR/PT3),
  4.  Boleh membaca, menulis dan mengira,
  5. Sihat tubuh badan,
  6. Bebas daripada najis Dadah,
  7. Minat dalam bidang pertanian dan mekanisasi pertanian,
  8. Sekurang-kurangnya mempunya lessen memandu “L” semasa boring permoonan di hantar.

Pa

0 ulasan / comments: