Latihan "Backhoe Loader"

Persediaan Ujian Memandu Bersama JPJ.

Latihan Amali Bengkel

Aktiviti Rombakrawat Enjin.

Lawatan Belajar

Tribute to Mr. Nelson (Howard Alat Pertanian - Rawang)

Seksyen Perkhidmatan Kejuruteraan Pertanian

Laser Guided Land Laveller

Monday, 20 July 2026

KURSUS UPSKILLING PENSYARAH / TENAGA PENGAJAR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2024


            Beberapa siri kursus upskilling kepada pensyarah dan tenaga pengajar dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dianjurkan sepanjang tahun 2024 yang lalu. Peserta yang hadir mengikuti kursus datang dari Kolej Vokasional (Pertanian) seluruh Malaysia. Secara umumnya, kesemua kursus yang telah dilaksanakan adalah bertujuan sebagai pendedahan secara lebih dekat bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran didalam subjek yang terpilih melibatkan pengkhususan yang lebih terperinci terkait dengan mekanisasi dan kejenteraan pertanian.

        Kolej Vokasional Pertanian (KV) adalah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia menawarkan pengajian berasaskan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Pelajar mengikuti program Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) didalam pelbagai bidang moden pertanian.

        Merujuk kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, terdapat keseluruhan 5 buah Kolej Vokasional yang menyediakan program yang spesifik terkait dengan bidang pertanian. Berikut adalah senarai kolej yang terlibat :

1. KV (Pertanian) Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan

2. KV (Pertanian) Chenor, Pahang Darul Makmur

3. KV Pasir Putih, Kelantan Darul Naim

4. KV Dato Lela Maharaja, Negeri Sembilan Darul Khusus

5. KV Lahad Datu, Sabah

Antara bidang yang ditawarkan kepada pelajar Kolej Vokasional (Pertanian) adalah seperti berikut :

1.    Agroindustri Tanaman

2.    Agroindustri Ternakan Poltri

3.    Agroindustri Ternakan Ruminan

4.    Akuakultur

5.    Bioteknologi

6.    Pemprosesan Makanan

7.    Senibina Landskap

8.    Teknologi Mekanisasi Agro

Untuk Maklumat lanjut sila klik 👉Bahagian Pendidikan Dan Latihan Teknikal Vokasional

        Siri pertama yang telah dilaksanakan adalah Kursus Pengendalian Jentera Backhoe Loader kepada pensyarah dan tenaga pengajar Program Mekanisasi Agro. Seramai 12 orang peserta telah mengikuti kursus tersebut yang berlangsung selama 4 hari bermula pada 26hb. Ogos 2024 sehingga 29hb. Ogos 2024.

Berikut adalah senarai nama pensyarah dan tenaga pengajar yang telah mengikuti kursus :

BIL.

NAMA PENSYARAH / TENAGA PENGAJAR

KOLEJ VOKASIONAL

1.

MOHAMAD FAKHRI BIN MAT SAAD

KV DATO’ LELA MAHARAJA

2.

MUHAMMAD IZZAT BIN RAHMAT

KV DATO’ LELA MAHARAJA

3.

FARID ABDULLAH AIZAD BIN ZAINUDIN

KV DATO’ LELA MAHARAJA

4.

AZWAN BIN NORUL ANHAR

KV PERTANIAN CHENOR

5.

MOHD SYAHRIMAN BIN AHMAD

KV LAHAD DATU

6.

MUHAMMAD SHAHREZA BIN AHMAD SHAH

KV LAHAD DATU

7.

MD. FAIZA BIN JUNUS

KV PERTANIAN CHENOR

8.

AHMAD FIRDAUS BIN MAD SALLIH

KV PERTANIAN CHENOR

9.

NURUL FATIHAH BINTI ILIAS

KV PERTANIAN CHENOR

10.

BAISA BINTI MOHAMMAD SALIM

KV LAHAD DATU

11.

NURUL HIDAYAH BINTI MOHD KHAIRAL MARZUKE

KV PERTANIAN TELUK INTAN

12.

NAZIRAH BINTI MOHD NAZALAN

KV PERTANIAN TELUK INTAN

TAKLIMAT KESELAMATAN OPERASI JENTERA OLEH EN. SAMURI B. SIDAL

LATIHAN AMALI PENGENALAN ALAT KAWALAN BACKHOE

LATIHAN AWAL DI LAPANGAN

LATIHAN SEBENAR PENGOPERASIAN JENTERA DI LADANG
            Antara tajuk yang dikongsikan kepada peserta kursus adalah keselamatan operasi jentera berat, pengenalan kepada jentera berat, latihan amali operasi jentera, penyelenggaraan jentera dan trouble shooting jentera.

              Kursus siri kedua dengan tajuk Kursus Rombakrawat Sistem Gear Jentera Berat kepada pensyarah dan tenaga pengajar bagi bidang Program Mekanisasi Agro. Ia telah dilaksanakan bermula pada 9hb. September 2024 dan tamat pada 13hb. September 2024. Seramai 13 orang peserta telah menjalani latihan secara amali.

TAKLIMAT KESELAMATAN BENGKEL DAN PENGENALAN SISTEM PENGHANTARAN (TRACTOR GEAR)

KERJA-KERJA MELERAI KOMPONEN DALAMAN GEAR OLEH PESERTA KURSUS

TAKLIMAT AKTIVITI CALIBRATION DAN RE-INSTALLATION GEAR SYSTEM

TAKLIMAT OPERASI SISTEM GEAR TRAKTOR

KERJA-KERJA PEMASANGAN SEMULA SISTEN GEAR KEPADA STRUKTUR UTAMA TRAKTOR

                    Sebagai penutup dalam siri ini, Kursus Pengendalian Dan Penyelenggaraan Jentera Kecil Pertanian telah dilaksanakan pada 23hb. September 2024 hingga 27hb. September 2024. Seramai 10 peserta dari bidang holtikultur telah menyertainya.
TAKLIMAT KESELAMATAN BENGKEL DAN PENGENALAN ENJIN KECIL PERTANIAN

TAKLIMAT PENGENALAN KOMPONEN DALAMAN ENJIN, OPERASI ENJIN DAN KERJA-KERJA RE-INSTALLATION ENJIN

PESERTA TELAH SELESAI MELAKSANAKAN KERJA-KERJA PEMASANGAN ENJIN SEBELUM DIHIDUPKAN SEBAGAI UJIAN

                    Dalam kursus ini, peserta didedahkan dengan kerja-kerja rombakrawat dan penyelenggaraan enjin kecil dari jenis dua lejang satu piston petrol seperti mesin brush cutter . Selain enjin 2 lejang, bagi melengkapkan kemahiran didalam kategori enjin kecil, peserta juga diberi pengalaman  melaksanakannya keatas enjin satu piston 4 lejang petrol dan 4 lejang diesel seperti enjin knapsack power sprayer dan pam air.

                    Sebagai pelengkap kursus, tenaga pengajar telah berkongsi standard operational prosedur (SOP) bagi kerja-kerja mengesan dan mengenal pasti serta menyelesaikan masalah enjin (engin troubleshooting) sebelum, semasa dan selepas pengoperasian mesin. 

                        Program ini adalah kesinambungan dari kursus kali pertama yang telah diadakan bersama 4 orang guru dari Sekolah Menengah Teknik (Pertanian) Chenor yang lalu. Kumpulan perintis 👉 Kursus Rombakrawat Enjin Traktor - Guru Sekolah Menengah Teknik (Pertanian) Chenor, Pahang

Oleh : Admin

Wednesday, 15 July 2026

FESTIVAL MELON & SELANGOR AGROGREEN JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR 2026

Jabatan Pertanian Negeri Selangor akan menganjurkan program Festival Melon & Selangor Agrogreen Tahun 2026 yang akan berlangsung pada:

🗓️ 𝟮𝟰 - 𝟮𝟲 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗝𝘂𝗺𝗮𝗮𝘁 - 𝗔𝗵𝗮𝗱) 

📍 𝗣𝘂𝘀𝗮𝘁 𝗧𝗲𝗸𝗻𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶 𝗠𝗲𝗹𝗼𝗻 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿 (𝗣𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗶𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗟𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁) 

⏰ 𝟵𝗮𝗺 - 𝟭𝟬𝗽𝗺

Pendaftaran DIBUKA:

1.    Agriventure Explore Hunt 

2.    Pertandingan Agri Art: Mewarna

Scan QR pada poster dan DAFTAR sekarang sebelum terlambat!

Kepada warga Negeri Selangor dan sekitar anda 𝗗𝗜𝗝𝗘𝗠𝗣𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗗𝗜𝗥 ke Festival Melon & Selangor Agrogreen Tahun 2026 untuk memeriahkan program dengan pelbagai lagi aktiviti menarik untuk anda dan keluarga! 

Rujuk facebook rasmi Jabatan Pertanian Negeri Selangor untuk maklumat lanjut :

Festival Melon & Selangor Agrogreen Jabatan Pertanian Negeri Selangor 2026


Kredit : Jabatan Pertanian Negeri Selangor
Oleh : Admin

Friday, 10 July 2026

JUBLI EMAS 50 TAHUN PUSAT LATIHAN KEJURUTERAAN PERTANIAN TANJONG KARANG

 

1.      SEJARAH & LEGASI

            Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian Tanjong Karang adalah premis kerajaan negeri yang dibangunkan khusus untuk memberi latihan formal dan intensif didalam bidang kejenteraan, mekanisasi dan kejuruteraan pertanian kepada belia Negeri Selangor dibawah Program Belia Tani. Pentadbiran Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian Tanjong Karang adalah di bawah bidang kuasa dan seliaan Jabatan Pertanian Negeri Selangor.

Sijil Tamat Latihan Kursus Mekanik Jentera Pertanian 1988

Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) – Tahap Pertengahan

            Pusat ini telah dibuka pada bulan November 1975. Pada awal penubuhan, ia telah diberi nama Pusat Latihan Ladang Berjentera (PLLB). Pada tahun 1977, nama pusat latihan ini telah ditukar kepada Pusat Latihan Berjentera (PLB). Berikutnya pada tahun 1985, ia telah bertukar nama kepada Pusat Latihan Kejuruteraan Ladang (PLKL)  dan terakhir pada tahun 90-an ditukar nama kepada Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian (PLKP) sehingga kini.

Aktiviti di bilik kuliah

            Keseluruhan kawasan premis adalah seluas 30 ekar dan telah diwartakan sejak tahun 1984. Sebahagian 12 ekar telah diperuntukan untuk infrastruktur seperti pejabat, blok asrama pelajar, bengkel latihan & pembaikan, dewan makan, stor, padang bola serta gelanggang permainan. Keluasan selebihnya digunakan khusus untuk latihan amali/praktikal melalui Kursus Kejenteraan Pertanian (Program Belia Tani).



Koleksi gambar lama aktiviti latihan yang dilaksanakan di bengkel

1.      PERANAN  & TANGGUNGJAWAB

Aktiviti operasi disc plough di ladang

Matlamat utama Pusat Latihan Latihan Kejuruteraan Pertanian adalah berkongsi ilmu dan pengetahuan melalui latihan kemahiran secara formal dan intensif yang melibatkan latihan pengendalian jentera-jentera pertanian seperti traktor dan "backhoe loader" bersama penggunaan “implement”/pembajak pertanian dengan kaedah yang betul, tepat dan selamat tanpa mengabaikan penekanan pembangunan sahsiah yang positif dan disiplin yang tinggi.

Aktiviti latihan operasi rotovator di ladang

Aktiviti latihan pengendalian backhoe loader

Sebahagian kawasan tanah lapang dengan sengaja dibiarkan bersemak samun adalah untuk latihan simulasi sebenar kepada peserta Kursus Kejenteraan Pertanian agar dapat menjalani latihan amali dan kemahiran seperti membajak tanah pelbagai peringkat sehingga membuat batas, menanam dan lain-lain aktiviti pertanian dan di akhiri dengan pengeluaran hasil yang bertujuan sebagai pendedahan kepada realiti / situasi di kebanyakan tapak projek pertanian.

Sesi taklimat keselamatan dan ujian bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor

            Peserta yang telah berumur 21 tahun dan keatas serta telah memenuhi syarat minima, akan ditawarkan untuk mendapatkan lesen memandu jentera berat (lebih 5,000 kg) kelas "H" yang akan dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor (JPJ).

Kursus operasi dron pertanian

        Selain Program Belia Tani, Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian juga melaksanakan kursus jangka pendek di bawah Program Golongan Sasar yang menyediakan ruang perkongsian ilmu didalam bidang mekanisasi, kejenteraan dan kejuruteraan pertanian kepada semua “stake holder” yang terkait didalam sektor pertanian bukan sahaja golongan belia malah orang awam, pelajar sekolah, penuntut pengajian tinggi, agensi kerajaan, badan berkanun, pihak swasta serta kepada sesiapa yang berminat mengembangkan pengetahuan sejajar dengan teknologi pertanian yang terkini.

Kursus off grid solar installation untuk projek pertanian
          Orang awam atau sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus, boleh mengisi borang di pejabat pertanian berhampiran di daerah atau melalui borang atas talian berdasarkan takwin yang telah disusun sepanjang tahun mengikut keperluan peserta.

Kursus aplikasi internet of thing (IOT) didalam projek fertigasi

Sebagai pusat latihan yang melaksanakan program pengembangan pertanian, pusat ini juga bersedia untuk melaksanakan kursus latihan  yang khusus atau berkeperluan khas daripada agensi kerajaan mahupun pihak swasta termasuk sekolah berdasarkan permohonan dan kelulusan Pengarah Pertanian Negeri Selangor.

1.      DATA & STATISTIK

Berikut adalah sebahagian data dan statistik yang merujuk kepada Program Belia Tani / Kursus Kejenteraan Pertanian yang telah dilaksanakan sejak awal penubuhannya. Kursus pertama telah dilaksanakan pada 1976 bermula dengan tajuk Kursus Memandu Traktor, kemudian bertukar kepada Kursus Memandu & Menyelenggara Traktor pada 1987 (MLVK) dan terakhir Kursus Kejenteraan pertanian dari 1997 sehingga kini.



Berikut adalah carta taburan jumlah peserta kursus yang telah mengikuti Kursus Kejenteraan Pertanian / Program Belia Tani sejak tahun 1977 sehingga 2019. Dari keseluruhan peserta seramai 2149 orang, majoriti datang dari 2 daerah yang terkenal sebagai kawasan jelapang padi Selangor iaitu daerah Kuala Selangor dengan 840 peserta mewakili 39 peratus dan daerah Sabak Bernam dengan jumlah 596 peserta mewakili 28 peratus dari keseluruhan daerah.

Merujuk kepada graf di atas adalah data taburan umur peserta yang telah mengikuti Kursus Kejenteraan Pertanian dari 2007 hingga 2019. Jumlah tertinggi penyertaan adalah mereka yang berumur 18 tahun seramai 142 orang. Peserta yang berusia lebih 40 tahun adalah kakitangan Kerajaan dan bakal pesara tentera dengan jumlah terkumpul seramai 9 peserta. 

Graf di atas adalah keputusan penilaian menggunakan kaedah ujian amali seperti aktiviti undur traktor bersama treler dan buka serta pasang “implement”/pembajak dengan menilai tahap keselamatan operasi bagi tempoh 2007 sehingga 2019. Kaedah teori juga dilaksanakan dibilik kuliah agar peserta dapat mengenalpasti  komponen, fungsi dan kedudukan komponen yang telah dileraikan termasuk penceritaan bagaimana sesuatu sistem beroperasi. Penilaian di bengkel pula akan melibatkan aktiviti “engine troubleshooting” untuk memastikan pelatih menguasai “standard operating procedure” (SOP) bagi mengesan dan seterusnya menyelesaikan masalah operasi enjin.


1.      PENCAPAIAN & SUMBANGAN


Bagi menilai sejauh mana keberkesanan perlaksaan Program Belia Tani / Kursus Kejenteraan Pertanian, berikut adalah soal selidik tidak rasmi yang telah dilancarkan bermula pada Disember 2024 sehingga Januari 2025. Kaedah sebaran soal selidik telah menggunakan media sosial seperti “Facebook” dan “What’sapp”. Aplikasi “Google Form”  telah digunakan sebagai media maklumbalas dan analisis data terkumpul. Seramai 70 orang bekas peserta kursus telah memberi kerjasama untuk memberi maklum balas. Berikut adalah antara temuan yang diperolehi berdasarkan soalan yang telah disediakan.

Majoriti sebanyak 37.1 peratus responden bekerja sendiri selepas menamatkan  Program Belia Tani, manakala 31.4 peratus masing-masing terlibat dengan kerjaya di sektor awam dan sektor swasta. Responden yang terlibat dengan sektor swasta dan awam lazimnya akan menjawat jawatan sebagai operator jentera berat atau mekanik mesin kecil dan jentera berat.

Sektor awam yang memilih bekas peserta Kursus Kejenteraan Pertanian sebagai kakitangan biasanya adalah dari jabatan teknikal seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS), Jabatan Pertanian, agensi badan berkanun seperti Lembaga Pertubuhan Peladang (Jentera) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Bagi pecahan kepada mereka yang bekerja sendiri, sejumlah 47.7 peratus responden mempuyai kerjaya yang sangat terkait dengan Program Belia Tani, manakala 69.9 peratus masih terlibat dengan sektor pertanian namun didalam pelbagai sub sektor seperti usahawan industri asas tani. Sejumlah 37.1 peratus responden mempunyai kerjaya yang tidak memerlukan pengetahuan didalam bidang kejenteraan pertanian.

Dari segi pemilikan lesen, 38.6 peratus responden telah memiliki lesen kelas “H” jentera berat beroda lebih 5,000 kg. Ia adalah inisiatif pihak Jabatan Pertanian Negeri Selangor sebagai pelengkap Kursus Kejenteraan Pertanian. Sejumlah 58.6 peratus responden tidak memiliki lesen memandu jentera kerana tidak memenuhi syarat umur 21 tahun ketika mula mendaftar mengikuti kursus. Pemilikan lesen bagi kelas jentera yang lain dengan jumlah keseluruhan 17.1 peratus adalah diatas inisiatif responden untuk menaiktaraf perkhidmatan yang memerlukan jentera berbeza selepas menamatkan kursus.

Merujuk kepada graf diatas, didapati 85.7 peratus responden telah memiliki jentera dari jenis traktor. Sejumlah 12.9 peratus pemilikan jentera dari jenis “front end loader” manakala 48.6 peratus pemilikan jentera adalah dari jenis “backhoe loader”. Kesemua jentera berat tersebut adalah dari kategori jentera berat beroda.

Untuk kategori jentera berat berantai, 28.6 peratus mewakili pemilikan “excavator”, 17.1 peratus adalah pemilikan jentuai padi/“combined harvester” dan 11.4 peratus mewakili “bulldozer” / jentolak.

Dapatan soal selidik terakhir melibatkan maklum balas responden dengan jumlah 98.5 peratus berpendapat, Program Belia Tani / Kursus Kejenteraan Pertanian telah memberi manfaat kepada mereka.

Merujuk kepada keperluan menaiktaraf seperti akreditasi persijilan dan silibus, didapati 97.1 peratus responden telah bersetuju dengan kenyataan tersebut agar program sediada selari dengan keperluan perkembangan teknologi terkini.

 

 Rujukan : https://docs.google.com/forms/d/1wkaERJlSF8jG1T9b23Atv1eUgBMb8g3qMteZGVgzBlo/edit

BEKAS PESERTA PROGRAM BELIA TANI /KURSUS KEJENTERAAN PERTANIAN

En. Mohd Aziz Bin Mungi
Alumni Tahun 1980
En. Faizrol
Alumni Tahun 2022
En Azfar Bin Noraini
Alumni Tahun 2011
En Adnan Bin Mustajab
Alumni Tahun 2009

Dengan kewujudan Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian Tanjong Karang yang telah berusia selama 50 tahun, ia kerap menjadi pilihan sebagai rujukan dan penyedia latihan formal seperti “upskilling” kepada kakitangan Jabatan Pertanian (Persekutuan) dan tenaga pengajar  pelbagai agensi luar Kolej Vokasional (Pertanian) seluruh Malaysia, Badan berkanun seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB-PLASMA) dan Institut Latihan Mekanisasi Dan Automasi Peladang (ILMAP) Panji serta delegasi pegawai pertanian dari negara luar.

Kursus sehari murid sekolah menengah
@ FB : PLKP Tanjong Karang

@FBPLKP Tanjong Karang

Kursus “upskilling” pensyarah & tenaga pengajar Kolej Vokasional (Pertanian) dari seluruh Malaysia
@ FB : PLKP Tanjong Karang


Oleh : Admin