Wednesday 25 April 2012

Program Kesedaran Pengguna - Kualiti Air ( SYABAS )

 Penerangan oleh En. Faizal dan En. Mohd. Erman B. Normadi dari SYABAS.

 Antara kakitangan yang hadir.

 En. Ahmad Jupri mempunyai 5 soalan yang telah memeningkan pegawai SYABAS.

 Demo peralatan yang digunakan oleh SYABAS untuk menentukan kualiti air yang dibekalkan kepada pengguna.

 Penghargaan dari pihak SYABAS.

Program Kesedaran Pengguna  - Kualiti Air ( SYABAS )

           Program kesedaran pengguna (kualiti air) yang dianjurkan oleh SYABAS telah diadakan pada 23 April 2012 di dewan kuliah 1 PLKP Tg. Karang. Ceramah telah disampaikan oleh En. Faizal dan En. Mohd. Erman B. Normadi dari Jabatan Kualiti Air - SYABAS.

           Ceramah yang disampaikan berkisar tentang aktiviti, bidang kuasa dan pengendalian operasi termasuk pengurusan aduan bekalan air oleh pengguna. Ia termasuk kerja-kerja penyelenggaraan sistem paip yang menentukan kualiti air yang dibekalkan kepada pengguna wajib mencapai kualiti yang telah ditetapkan oleh WHO dan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui pemeriksaan kualiti air yang berterusan dan berjadual.

           Sebagai makluman kepada hadirin, SYABAS telah melaksanakan piawaian yang ketat semasa melakukan pemeriksaan kualiti air sebelum bekalan air bersih disalurkan kepada pengguna. Antara kriteria yang digunapakai adalah kaedah dianogsis parameter kekeruhan, kimia dan mikrobiologi didalam air. Manakala kaedah yang biasa digunakan untuk mengatasi paip tersumbat dan kerja-kerja pembersihan paip bekalan air, pihak SYABAS menggunakan kaedah "Air Scouring" dan "Manual Flushing". Ceramah telah di akhiri dengan borang kajian soalselidik kepuasan pelanggan tentang kualiti air yang dibekalkan oleh pihak SYABAS.

1 ulasan / comments:

Mohd Ezwan said...

Program yg baik utk menambah ilmu pengetahuan tentang Kualiti Air & Syarikat SYABAS.