Thursday 22 November 2012

KENYATAAN SEBUTHARGA


JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR
KENYATAAN SEBUTHARGA
 
Tawaran adalah dipelawa kepada Kontraktor-kontraktor Bumiputra yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia didalam bidang 220801 dan 040103 bagi Perkhidmatan Kawalan Keselamatan dan Makanan Bermasak Islam serta masih dibenarkan membuat tawaran bagi perkhidmatan berikut :-

1)
Ruj. Sebutharga :
PPN. SEL.KK.60/2012
-
Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Tanpa Senjata Api untuk Pusat Latihan Kejenteraan Pertanian Tanjong Karang bagi tempoh selama 2 tahun mulai 1hb Mac 2013 hingga 28hb Feb 2015.
2)
Ruj. Sebutharga :
PPN. SEL.KK.61/2012
-
Perkhidmatan Kawalan Keselamatan 15 Jam (5.00 petang – 8.00 pagi) Tanpa Senjata Api untuk Pusat Pertanian Meru bagi tempoh selama 2 tahun mulai 1hb Januari 2013 hingga 31hb Disember 2015.
3)
Ruj. Sebutharga :
PPN. SEL.KK.62/2012
-
Perkhidmatan Kawalan Keselamatan 15 Jam (5.00 petang – 8.00 pagi) Tanpa Senjata Api untuk Pusat Pertanian Labu Lanjut Sepang bagi tempoh selama 2 tahun mulai 1hb Januari 2013 hingga 31hb Disember 2015.
4)
Ruj. Sebutharga :
PPN. SEL.63/2012
-
Perkhidmatan Membekal Makanan Bermasak Kepada Peserta Kursus Tahun 2013 – 2014 di Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian Tanjong Karang.

SYARAT-SYARAT AM
1. Dokumen tawaran ini hanya akan dikeluarkan kepada kontraktor/wakil yang sah sahaja. Kontraktor hendaklah membawa Siji Kementerian Kewangan,Sijil dan Lesen KKDN,Surat Kebenaran Beroperasi di Seluruh Malaysia dan Sijil Keahlian PPKKM . Kontraktor terlebih dahulu dikehendaki mendaftar secara on-line di laman web http://tender.selangor.gov.my sebelum membeli dokumen tawaran.Kontraktor dikehendaki mengemukakan resit bayaran pendaftaran dan resit pembelian borang dokumen sebutharga sebagai bukti telah berdaftar secara on-line semasa membuat urusan pembelian dokumen.

2. Dokumen tawaran boleh diperolehi daripada Jabatan Pertanian Negeri Selangor Tingkat 4 Bangunan Darul Ehsan No.3 Jalan Indah Seksyen 14 40632 Shah Alam Selangor mulai 21 November 2012. Borang tawaran yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan dengan tawaran harga dan tawaran teknikal dalam dua (2) sampul surat yang berasingan berlakri dan mencatitkan nombor sebutharga di atas sebelah kiri sampul surat tersebut dan dimasukkan ke dalam peti sebutharga di Pejabat Pertanian Negeri Selangor tidak lewat jam 12.00 tengahari pada 28 November 2012.

3. Jabatan tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran sebutharga dan tawaran alternatif adalah tidak dibenarkan.

4. Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi di talian 03-55189888 (Pn.Azida)

0 ulasan / comments: