Tuesday 5 March 2013

Perhimpunan Bulanan Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian Tanjong Karang.

              
                  4 Mac 2013, PLKP - Telah berlangsung perhimpunan bulanan peringkat PLKP Tanjong Karang yang telah dihoskan oleh Seksyen Perkhidmatan Kejuruteraan yang diketuai oleh En. Abuzar. Majlis telah berlansung selama 2 jam yang telah dipengerusikan oleh En. Zulkifli.

                 Pengisian ucapan oleh Pegawai Pertanian Kuasausaha berkisar tentang aktiviti yang akan dilaksanakan didalam masa terdekat dan peringatan keatas perkara yang perlu diambil tindakan oleh semua kakitangan sepanjang tahun 2013. Antara yang disentuh adalah pembaharuan pengisian borang akujanji bagi pematuhan Akta Rahsia Rasmi 1972, pengisian buku daftar keluar pejabat dan papan pergerakkan pegawai semasa melakukan tugas rasmi di waktu pejabat mesti dicatat pada kad perakam waktu dan mengemaskini maklumat sasaran kerja tahunan bagi tahun 2013 didalam Human Resourcess Management Information System selewat-lewatnya sebelum penghujung bulan Mac. Kakitangan juga diminta mengemaskini maklumat pengisytiharan harta terkini selain pengesahan pendapatan hanya boleh di buat di Ibupejabat.

                   Kakitangan diingat supaya sentiasa bersedia memandangkan ada berita wakil dari Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berminat untuk melakukan lawatan ke PLKP Tanjong Karang didalam masa terdekat bagi meninjau aktiviti dan operasi yang dijalankan disini. Di samping itu, sebagai makluman kepada semua kakitangan, sebuah program kelolaan jabatan dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri akan diadakan di Blok "D" Sawah Sempadan melibatkan penyerahan mesin jentera kecil pertanian kepada petani yang dijadualkan akan diadakan pada 8 Mac 2013 yang akan melibatkan kakitangan.


 Ucapan selamat datang kepada pengetua baru....
En. Razali B. Shafie dari Unit Padi Sungai Burong melapordiri untuk mengikuti kursus.
Wakil dari pasukan futsal kategori terbuka menerima hadiah selaku johan Kejohanan Futsal Jabatan Pertanian Negeri Selangor 2013.
Skuad veteran pula sekadar naib johan selepas tewas penalti dengan pasukan veteran Shah Alam.

1 ulasan / comments:

Anonymous said...

Well done to PLKP