Sebuah program lawatan belajar telah dibuat oleh Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian Tanjong Karang bersama peserta Kursus Kejenteraan Pertanian pengambilan ke 78 ke Pusat Latihan Sawit Malaysia (PLASMA) Lembaga Kelapa Sawit Malaysia (MPOB) di kampus Keratong, Pahang Darul Makmur pada 10 November 2013 hingga 11 November 2013.
Penerangan PLASMA oleh Pegawai MPOB, En. Mohd. Solah Bin Deraman.
Lawatan belajar yang telah dibuat adalah bertujuan untuk meninjau secara dekat kaedah perlaksanaan program latihan Sijil Kemahiran Malaysia yang sedang dilaksanakan oleh Pusat Latihan Sawit Malaysia. PLASMA telah dibina pada 14 Mac 2008 dan mula beroperasi dengan pengambilan pertama pada 14 Febuari 2011. Latihan yang ditawarkan adalah Kursus Operator Mekanisasi Ladang (KOML)yang telah diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sebagai pusat bertauliah Sijil Kemahiran Malaysia tahap 1, 2 dan 3.
Penerangan pengoperasian "graber" untuk memindahkan tandan sawit ke dalam "trailer".
Apabila Pegawai Pertanian Kuasausaha beraksi.....
Penawaran kursus adalah terbuka kepada belia tempatan yang berminat untuk menceburkan diri didalam bidang berkaitan mekanisasi ladang khususnya sawit. Pelatih yang menjalani kursus akan diberikan latihan secara teori dan "hand's on" dengan nisbah 70 % latihan praktikal dijalankan diladang dan 30 % latihan teori dibuat dibilik kuliah. Pengambilan peserta kursus dibuat dengan kekerapan 2 kali setahun iaitu pada setiap bulan Mac dan pengambilan kedua akan dibuat pada bulan September. Peserta juga akan ditawarkan untuk mengambil ujian memandu jentera kelas "H" kepada pelatih pada tahap 2 SKM sekiranya memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.
Gambar kenangan bersama Pegawai Pusat Latihan Sawit Malaysia (PLASMA).
0 ulasan / comments:
Post a Comment