Astaka
Sebuah
majlis perasmian astaka yang telah siap dibina di Pusat Latihan Kejuruteraan
Pertanian Tanjong Karang telah berlangsung pada 17 hb. Mei 2014 bertempat dipadang
PLKP Tg. Karang. Majilis telah disempurnakan oleh YB. Datuk Seri Noh B. Haji
Omar selaku Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor merangkap
Ahli Parlimen Tanjong Karang.
Ucapan perasmian oleh YB. Datuk Seri Noh B. Haji
Omar selaku Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor merangkap
Ahli Parlimen Tanjong Karang.
Upacara menandatangani plak
Astaka yang telah dimulakan pembinaannya pada
penghujung tahun lepas itu telah siap sepenuhnya pada penghujung bulan April
yang lalu dengan kos pembinaan menelan belanja sebanyak RM 498’000.00. Dengan
ketinggian menyamai bangunan 2 tingkat, astaka ini mampu untuk menampung kehadiran
penonton seramai 100 orang didalam satu-satu masa. Ia dilengkapi dengan 2 buah
bilik persalinan dan tandas untuk pasukan yang bertanding yang mampu memuatkan
10 orang.
Antara penonton yang hadir
Antara
lain didalam ucapan perasmiannya, beliau berharap supaya kemudahan yang ada
dapat dipelihara seterusnya dimanfaatkan dengan sewajarnya agar pembangunan
sukan bola sepak di daerah Kuala Selangor khususnya Tanjong Karang mampu
menaikkan imej pasukan bola sepak di diperingkat yang lebih tinggi dimasa-masa
akan datang.
Cerderamata dari pihak Jabatan Pertanian Negeri Selangor oleh Pengaarah Jabatan Pertanian Negeri Selangor, En. Mohamad Idrus B. Ab. Hamid
Majlis
telah diserikan dengan pertandingan Kejohanan Futsal Padang Terbuka yang telah
dianjurkan oleh Kelab Bola Sepak Tanjong Karang mengikut peringkat usia
mewakili kelab masing-masing yang telah berlangsung selama 2 hari. Bagi acara
penutup, sebuah perlawanan persahabatan telah diadakan antara ahli Kelab Bola
Sepak Tanjong Karang yang baru ditubuhkan menentang pasukan jemputan artis
tanah air.
Perlawanan persahabatan antara wakil Persatuan Bola Sepak Tanjong Karang Dan artis jemputan
Minum petang
1 ulasan / comments:
Good review..tahniah admin...
Post a Comment