Thursday, 20 April 2017

Sepi Tanpa Malam...

 Penanaman menggunakan sistem hidroponik bermula pada 1 Januari 2017.

                     Projek percubaan ini telah dilaksanakan oleh En. Syamsul Idris B. Salleh,  selaku ketua Seksyen Pembangunan Kejuruteraan Pertanian bagi melihat pertumbuhan tanaman sayur berdaun secara terbuka menggunakan rumah kalis serangga dan kalis hujan yang hampir menyerupai sistem tanaman "Plant Factory".
 Sebelum penuaian.

Tumbesaran tanaman yang terhasil.

Penuaian hasil sayur oleh Tn. Haji Ariffin B. Hamdi pada 20 Januari 2017.

                    
                     Secara asasnya, sistem hidroponik yang biasa telah digunakan disamping rumah kalis serangga bagi mengawal tanaman dari seranggan serangga tanpa penggunaan racun perosak, manakala satu elemen tambahan adalah pembekalan cahaya melalui penggunaan lampu kalimantang @ pendaflour sebanyak 4 unit bagi membekalkan pencahayaan kepada tanaman yang dibuka sepanjang 24 jam sehari. Hasilnya tanaman matang didalam tempoh 20 hari sahaja.

0 ulasan / comments: