Thursday 14 December 2023

PROGRAM INKUBATOR USAHAWAN BELIA TANI 2024 /14122023

 

BORANG PERMOHONAN PROGRAM INKUBATOR USAHAWAN BELIA TANI, JABATAN PERTANIAN NEGERI SELANGOR 2024


*Borang permohonan boleh didapati pada link berikut:

  https://forms.gle/XFeUBjLTUqFRfGer9

BENTUK PROGRAM

- Latihan Pertanian Jangkamasa Panjang Secara Praktikal Ladang Menerapkan Pengurusan Perosak Bersepadu (IPM).

- Program ini akan bermula pada Februari sehingga Disember 2024 (11 Bulan) secara sepenuh masa di Pusat Latihan Pertanian Kalumpang, Hulu Selangor, Selangor.


SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

- Warganegara Malaysia.

- Belia berusia 18-40 tahun.

- Lahir di negeri Selangor / Bermastautin tetap di negeri Selangor.

- Kelayakan minimum adalah mempunyai sijil SPM/ SPMV.

- Berminat sepenuhnya dalam mengusahakan projek pertanian.

-Mempunyai pengalaman dalam bidang teknikal tanaman adalah digalakkan.

- Bersedia memberi kerjasama dan mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Pertanian Negeri Selangor.

- Memberi sepenuh tumpuan kepada projek yang dijalankan termasuk dari segi masa, tenaga dan modal bagi menjayakan program ini.

-  Serius menceburi bidang pertanian selepas tamat program.


PEMILIHAN PESERTA

- Peserta akan disaring dan menjalani tapisan temuduga. 

- Pemohon yang tidak menerima sebarang panggilan dianggap tidak berjaya.

- Tempat terhad hanya kepada 8 peserta sahaja.


KEMUDAHAN DISEDIAKAN

-Elaun (Jabatan Pertanian Negeri Selangor RM800 + Elaun Tambahan Syarikat)

-Tempat Penginapan


TARIKH TUTUP PERMOHONAN IALAH PADA 31 Disember 2023 (Ahad).


PEMOHON HENDAKLAH MEMASUKKAN MAKLUMAT DENGAN TEPAT DAN BETUL.


PENTING:

- PEMOHON YANG BERJAYA DIHUBUNGI UNTUK SESI TEMUDUGA HENDAKLAH MEMBAWA DENGAN LENGKAP SALINAN DOKUMEN BERIKUT YANG TELAH DISAHKAN:


1. Salinan Kad Pengenalan

2. Salinan sijil SPM/SPMV

3. Salinan sijil IPTA / IPTS / Politeknik (jika berkaitan)

4. Salinan sijil kursus pertanian dari mana-mana Jabatan/agensi/swasta yang pernah diikuti (jika berkaitan)

5. Resume


Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi:

*Jabatan Pertanian Negeri Selangor (BPMI): (03-55189888)

*Pusat Latihan Pertanian Kalumpang: (03-60491744)

0 ulasan / comments: