PENDAPAT DAN PANDANGAN ANDA AMAT BERHARGA
Jabatan Pertanian sedang melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan Tahun 2026 bagi mendapatkan maklum balas orang ramai terhadap penyampaian perkhidmatan Jabatan sepanjang tempoh Jun hingga Disember 2026.
Maklum balas yang diberikan akan membantu kami menilai tahap keberkesanan, kecekapan dan kualiti perkhidmatan, seterusnya menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan pihak yang berkepentingan.
Sekiranya anda pernah berurusan dengan Jabatan Pertanian, kami menjemput anda untuk meluangkan sedikit masa menjawab kaji selidik ini dengan mengimbas kod QR yang disediakan atau melalui pautan yang dikongsikan.
Setiap pandangan yang diberikan adalah secara sukarela dan amat bermakna dalam usaha memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan Jabatan Pertanian yang lebih cekap, berkualiti dan berteraskan pelanggan.
Terima kasih atas sokongan dan kerjasama anda. Bersama kita tingkatkan kualiti perkhidmatan demi manfaat semua.
#myDOA #KajianKepuasanPelangganDOA
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Kredit : Jabatan Pertanian Malaysia.
Oleh : Admin


0 ulasan / comments:
Post a Comment