Seperti yang telah dirancang pada tahun 2023, sebanyak 6 kursus telah berjaya dilaksanakan sepanjang tahun 2024 dibawah Program Kursus Golongan Sasar. Setiap kursus yang telah dirancang dan dilaksanakan berdasarkan teknologi pertanian terkini dan juga permintaan oleh petani semasa.
1. Kursus Pengendalian Dron Dalam Aktiviti
Pertanian 14/02/2024 |
| Ceramah oleh En. Sri Suthesh Chelladurai dengan tajuk pengenalan kepada teknologi solar didalam pertanian. |
 |
| Ceramah aplikasi teknologi solar dalam pertanian oleh Dr. Suseela Mani juga dari Syarikat Agro Voltec Enterprise |
Melalui keseluruhan 6 kursus yang telah berjaya dilaksanakan, sejumlah 234 orang peserta telah mengikuti dengan lebihan seramai 54 orang peserta dari sasaran perancangan asal. Kursus internet of thing telah mendapat penyertaan tertinggi dengan jumlah 50 orang peserta manakala kursus operasi perataan sawah menggunakan teknologi laser guided land laveller di tempat kedua dengan jumlah 48 orang peserta dan ketiga dengan jumlah teramai sebanyak 41 orang bagi kursus penyelenggaraan enjin kecil.
Peserta yang hadir datang dari pelbagai daerah di Selangor dan juga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kursus teknologi laser guided land laveller dan kursus pengendalian jentera pertanian di mohon secara khusus oleh agensi Pertubuhan Peladang (Jentera) dan sekolah menengah sebagai elemen peningkatan pengetahuan (upskilling) dan pendedahan pertama kali kepada pelajar sekolah bagi menimbulkan minat sebagai perancangan masa hadapan agar wujud pelapis atau penerus kepada generasi bagi memenuhi keperluan tenaga mahir didalam bidang pertanian supaya keselamatan & keterjaminan pengeluaran tanaman makanan dapat dicapai (food security).
Oleh : Admin
0 ulasan / comments:
Post a Comment