Tuesday 4 March 2014

Pelawat Institut Kemahiran Tinggi PERDA-Tech Nibong Tebal, Pulau Pinang Pada 27 Febuari 2014.


                    Pada 27 Febuari yang lalu, PLKP Tg. Karang telah menerima pelawat dari Institut Kemahiran Tinggi PERDA-Tech, Nibong Tebal, Pulau Pinang. 

Antara pelajar yang hadir.

                     Rombongan telah diketuai oleh pengarahnya sendiri iaitu En. Mohd. Asri B. Baharum tiba pada jam 8.45 pagi. Pelawat terdiri dari 23 orang pelajar Kursus Kejuruteraan Pertanian dan di iringi oleh 4 orang pensyarah dan tenaga pengajar. Antara aturcara majlis, pelawat telah diberi penerangan tentang fungsi dan peranan Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian dan Bahagian Kejuruteraan Pertanian yang terdapat di sini.
 Penerangan "Land Leveller" oleh Pegawai Pertanian En. Ezwan Syah B.Rasidin.

 Penerangan jentera "Drill" oleh Pen. Peg. Pertanian En. Syamsul Idris B. Saleh.

                  Lawatan oleh Institut Kemahiran Tinggi PERDA-Tech dibuat antara lain bertujuan bagi meninjau teknologi kejuruteraan pertanian terkini yang dimiliki oleh Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian Tanjong Karang.
Penghargaan dari Institut Kemahiran Tinggi PERDA-Tech disampaikan sendiri oleh Pengarahnya, En. Mohd. Asri B. Baharum.

Antara peserta Kursus Kejuruteraan Pertanian Institut Kemahiran Tinggi PERDA-Tech yang hadir.

Kenangan... 

Untuk maklumat lanjut berkaitan Institut Kemahiran Tinggi PERDA-Tech sila ke 

0 ulasan / comments: