Thursday 22 June 2017

Aplikasi "Google Play Store" Pertanian Boleh Diperolehi Secara Percuma...

 Logo Didalam "Google Play Store" dengan label -100 TIP TANAMAN.

                 100 Tip Tanaman adalah salah satu aplikasi mudah alih yang dibangunkan di bawah projek e-Agriculture Extension. Ia adalah inisiatif Jabatan Pertanian Malaysia bagi mentransformasikan perkhidmatan pengembangan pertanian melalui platform mudah alih untuk capaian yang cepat, mudah, tanpa mengira masa dan tempat di mana anda berada.

                   Aplikasi ini menampilkan 100 tip dan petua tanaman yang diolah secara ringkas dan padat. Ia sesuai digunakan sebagai sumber rujukan dan panduan pantas untuk semua peringkat umur. Ia juga sangat mudah digunakan, mesra pengguna dan boleh dicapai melalui telefon pintar.

Muat turun sekarang dan dapatkan aplikasi mudah alih anda secara percuma!

Hakcipta Terpelihara 2017 © JABATAN PERTANIAN MALAYSIA

 Logo Didalam "Google Play Store" dengan label - AGRIMATHS.

                 AgriMaths adalah salah satu aplikasi mudah alih yang dibangunkan di bawah projek e-Agriculture Extension. Ia adalah inisiatif Jabatan Pertanian Malaysia bagi mentransformasikan perkhidmatan pengembangan pertanian melalui platform mudah alih untuk capaian yang cepat, mudah, tanpa mengira masa dan tempat di mana anda berada.

                Aplikasi ini adalah adaptasi daripada buku ‘Asas Matematik Pertanian’ terbitan Jabatan Pertanian Malaysia. Ia menampilkan maklumat pengiraan untuk tanaman sayur-sayuran, serta tanaman singkat masa, buah-buahan, padi, kelapa, cendawan,lebah madu dan kelulut, baja, racun makhluk perosak, kejuruteraan pertanian,fertigasi dan aliran kewangan. Ia sesuai digunakan sebagai sumber rujukan dan panduan pantas kepada pegawai pengembangan pertanian mahupun usahawan tani. Ia juga sangat mudah untuk digunakan, mesra pengguna dan boleh dicapai melalui telefon pintar.

Muat turun sekarang dan dapatkan aplikasi mudah alih anda secara percuma!

Hakcipta Terpelihara 2017 © JABATAN PERTANIAN MALAYSIA

0 ulasan / comments: