Thursday, 22 June 2017

Program Sumbangan Bubur Lambuk Sempena Ramadan 1438 Hijrah / 2017 Masihi.




Aktiviti penyediaan bahan asas dan memasak ramuan asas.


Memasak ramuan utama bubur lambuk.





Aktiviti pembungkusan bubur lambuk sebelum diedarkan kepada golongan sasar sambil dipantau oleh Pengetua PLKP, En. Dzairy Mujahid.
Aktiviti penyerahan sebahagian bubur lambuk kepada orang awam yang melalui Jalan Sungai Kajang Lama.

                 Satu program sumbangan bubur lambuk sempena bulan Ramadan telah diadakan oleh kakitangan Pusat Latihan Kejuruteraan Pertanian Tanjong Karang dan pelajar praktikal pada 16 Jun 2017 yang lalu dengan kerjasama Kelab Kebajikan dan Sukan PLKP Tanjong Karang. Program adalah sebahagian dari aktiviti gotong-royong yang telah dirancang secara tahunan.

            Untuk program kali ini, segala perbelanjaan adalah dari sumbangan kakitangan sendiri dan sebahagian lagi dari peruntukkan oleh Kelab Kebajikan dan Sukan PLKP tanjong Karang berjumlah RM 250.00. Sebanyak 225 bungkus bubur lambuk telah berjaya dihasilkan dan diedarkan kepada sekolah tahfiz dan orang awam di sekitar Kampung Sungai Kajang.

0 ulasan / comments: